Pengisytiharan bangunan SK Convent Pulau Tikus sebagai Bangunan Warisan George Town World Heritage Incorporated.
Sunday, 10 April 2016
Tuesday, 5 April 2016
Lencana Sekolah
LENCANA SEKOLAH
Lencana Sekolah Convent Holy Infant Jesus berwarna merah. Di tengahnya terdapat satu jalur perak merentangi dari sudut kiri sebelah atas ke sudut kanan di bawah. Di kiri kanan jalur ini terdapat corak yang berwarna kuning. Di atas sebelah kanan terdapat sebuah Kitab Injil dan di bawah sebelah kiri terdapat sebuah alat pemintal benang. Perisai yang dahulunya mempunyai palang yang berwarna kuning emas di bahagian atas telah digantikan dengan satu bintang yang dikelilingi oleh kalungan bunga Marguerite dengan cogan kata:
TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI
Jalur di tengah lencana melambangkan kasih sayang Tuhan terhadap alamnya. Kitab Injil melambangkan agama Kristian. Alat pemintal benang melambangkan kesungguhan pelajar sekolah untuk belajar. Kalung bunga melambangkan kesucian dan kejujuran yang ditunjukkan kepada Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri. Bintang melambangkan sinaran cahaya yang menggalakkan kita memenuhi prinsip-prinsip Rukunegara.
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
SK CPT terus maju,
Dengan tekad azam dan bakti,
Melahirkan insan yang padu,
Berintelek dan berharmoni
Azam tulus dengan fadilah,
Gigih dengan bakti,
Murid berbakti dan berdisiplin,
CPT terus maju,
SK CPT terus maju,
Dengan tekad azam dan bakti,
Melahirkan insan yang padu,
Berintelek dan berharmoni.
Visi & Misi Sekolah
VISI SEKOLAH
MENINGKATKAN KUALITI PRESTASI UPSR SEKOLAH SUPAYA MENJADI
SEKOLAH CEMERLANG !
MISI SEKOLAH
- Mewujudkan kumpulan kerja bagi merealisasikan visi dengan berpandukan P&P yang berkesan.
- Mewujudkan budaya rajin berusaha dalam kalangan murid sekolah.
- Mewujudkan budaya bekerja yang efisyen antara staf sekolah
- Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada PIBG dan seterusnya dari semua ibubapa.
Moto Sekolah
MOTO SEKOLAH
Moto SK Convent Pulau Tikus ialah 'TULUS DENGAN FADILAH,
AZAM DENGAN BAKTI'. 'Tulus dengan fadilah' membayangkan murid-murid Convent
yang sentiasa berbudi dan tidak angkuh ataupun menindas orang lain. Kita harus
sentiasa mengamalkan sifat yang manis dan berbudi. Kita harus bersyukur dan
berterima kasih kepada Tuhan atas sebarang kejayaan yang dicapai. Sikap bangga
atau bongkak seseorang hendaklah dihindari dan segala bakat yang ada harus
digunakan untuk memberi bimbingan dan pertolongan kepada orang yang kurang
berbakat. Ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.
Azam dengan bakti' bermakna kita mesti berusaha dengan
tekun dalam segala kewajipan kita walaupun ia nampak kecil atau kurang penting.
Kewajipan seseorang murid ialah memuja mengikut agama masing-masing,
hormat-menghormati ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua, mematuhi
segala peraturan dan undang-undang sekolah dan yang paling penting sekali ialah
belajar dan berusaha dengan tekun.
Melalui motto sekolah ini, sekolah akan dapat menghasilkan
warganegara yang lebih bertanggungjawab dan berbudi di masa hadapan.
Piagam Sekolah
PIAGAM SEKOLAH
Kami berjanji akan berikhtiar
supaya anak murid sekolah ini
dapat menyerap segala pengajaran kami
yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin,
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat
Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
SK Convent Pulau Tikus dibuka sebagai sebuah sekolah
persendirian dalam tahun 1922 oleh Reverend Mother St. Hermine. Beliau telah
memperoleh sebuah bangunan kecil di sebelah gereja 'The Immaculate Conception'
untuk dijadikan sekolah ini. Pada ketika itu, hanya terdapat lima buah bilik
darjah dan bilangan muridnya adalah kurang daripada seratus orang. Pada tahun
1930, empat buah bilik darjah ditambah kerana jumlah murid telah meningkat
kepada dua ratus lima puluh orang. Murid-murid yang tamat dan lulus peperiksaan
Darjah Enam akan melanjutkan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Convent Light
Street sehinggalah tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.
Selepas
Perang Dunia Kedua, bilangan murid bertambah ramai dan sebuah bangunan yang
baru terpaksa dibina. Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina
kira-kira lima meter di seberang jalan dari bangunan lama. Bangunan baru ini
mengandungi tiga belas buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik
guru. Mulai tahun 1960, bangunan lama digunakan sebagai sekolah rendah
sementara bangunan baru digunakan sebagai sekolah menengah. Oleh sebab
kekurangan bilik darjah, tiga kelas Darjah Enam terpaksa dijalankan di sekolah
menengah pada sesi petang.
Hasil
dari kerjasama dan usaha semua pihak, sebuah sebuah blok baru satu tingkat yang
mempunyai tiga buah bilik telah dibina pada tahun 1979. Tingkat kedua yang juga
mempunyai tiga buah bilik darjah telah ditambah pada tahun 1981. Kini semua
kelas sekolah rendah dapat dijalankan di bangunan yang sama. Sebuah
perpustakaan baru, siap dibina pada tahun 1988. Pada masa ini, SK Convent Pulau
Tikus mempunyai lapan belas kelas yang dijalankan dalam dua sesi.
Sekolah
Kebangsaan Convent Pulau Tikus telah ditukarkan status dari sekolah bantuan
kerajaan kepada Sekolah Kerajaan oleh Kementerian mengikut surat
KP(BPPDP)s.700/099/P/SK-011/005(24) bertarikh 1 September 2005.
Subscribe to:
Posts (Atom)