Sunday, 10 April 2016

Galeri Heritage

Pengisytiharan bangunan SK Convent Pulau Tikus sebagai Bangunan Warisan George Town World Heritage Incorporated.



Tuesday, 5 April 2016

Lencana Sekolah

LENCANA SEKOLAH






Lencana Sekolah Convent Holy Infant Jesus berwarna merah. Di tengahnya terdapat satu jalur perak merentangi dari sudut kiri sebelah atas ke sudut kanan di bawah. Di kiri kanan jalur ini terdapat corak yang berwarna kuning. Di atas sebelah kanan terdapat sebuah Kitab Injil dan di bawah sebelah kiri terdapat sebuah alat pemintal benang. Perisai yang dahulunya mempunyai palang yang berwarna kuning emas di bahagian atas telah digantikan dengan satu bintang yang dikelilingi oleh kalungan bunga Marguerite dengan cogan kata:

TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI


Jalur di tengah lencana melambangkan kasih sayang Tuhan terhadap alamnya. Kitab Injil melambangkan agama Kristian. Alat pemintal benang melambangkan kesungguhan pelajar sekolah untuk belajar. Kalung bunga melambangkan kesucian dan kejujuran yang ditunjukkan kepada Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri. Bintang melambangkan sinaran cahaya yang menggalakkan kita memenuhi prinsip-prinsip Rukunegara.



Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH


SK CPT terus maju,
Dengan tekad azam dan bakti,
Melahirkan insan yang padu,
Berintelek dan berharmoni
Azam tulus dengan fadilah,
Gigih dengan bakti,
Murid berbakti dan berdisiplin,
CPT terus maju,
SK CPT terus maju,
Dengan tekad azam dan bakti,
Melahirkan insan yang padu,
Berintelek dan berharmoni.



Visi & Misi Sekolah

VISI SEKOLAH


MENINGKATKAN KUALITI PRESTASI UPSR SEKOLAH SUPAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG !


MISI SEKOLAH


  • Mewujudkan kumpulan kerja bagi merealisasikan visi dengan berpandukan P&P yang berkesan.
  • Mewujudkan budaya rajin berusaha dalam kalangan murid sekolah.
  • Mewujudkan budaya bekerja yang efisyen antara staf sekolah
  • Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada PIBG dan seterusnya dari semua ibubapa.




Moto Sekolah

MOTO SEKOLAH


Moto SK Convent Pulau Tikus ialah 'TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI'. 'Tulus dengan fadilah' membayangkan murid-murid Convent yang sentiasa berbudi dan tidak angkuh ataupun menindas orang lain. Kita harus sentiasa mengamalkan sifat yang manis dan berbudi. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas sebarang kejayaan yang dicapai. Sikap bangga atau bongkak seseorang hendaklah dihindari dan segala bakat yang ada harus digunakan untuk memberi bimbingan dan pertolongan kepada orang yang kurang berbakat. Ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.

            Azam dengan bakti' bermakna kita mesti berusaha dengan tekun dalam segala kewajipan kita walaupun ia nampak kecil atau kurang penting. Kewajipan seseorang murid ialah memuja mengikut agama masing-masing, hormat-menghormati ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua, mematuhi segala peraturan dan undang-undang sekolah dan yang paling penting sekali ialah belajar dan berusaha dengan tekun.


            Melalui motto sekolah ini, sekolah akan dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab dan berbudi di masa hadapan.